Keluaran dan sambutan Pulang_(filem)

Promosi

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios pada 27 Jun 2018.[14] Manakala, di belakang tabir filem ini disiarkan di TV3 dan TV9.

Bagi mempromosikan filem ini, rancangan dokumentari TV3, Majalah 3 menyiarkan kisah sebenar di sebalik penerbitan filem ini pada 6 Ogos 2018.[15][16]

Pecah panggung

Pulang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Julai 2018. Dalam tempoh kurang seminggu tayangan rasminya, Pulang berjaya mencatat kutipan panggung melebihi RM1 juta.[17]

Ulasan kritis

Pulang menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Mohd Haikal Isa dari Kosmo! mendapati kekuatan sinematografi filem ini terletak pada kekuatan persembahan setiap pelakonnya. Beliau turut memuji kebijakan Kabir yang menggunakan "magis sinematografinya dari pembukaan hingga penamat filem".[18] Haizir Othman dari Malaysiakini mendapati filem ini merupakan "kisah misteri perasaan orang Melayu yang kompleks dan sukar diduga seperti dalamnya lautan" dan mempunyai persamaan dengan kegagalan komunikasi antara Zainuddin dengan Hayati selepas kematian Aziz dalam kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka.[19] Salman Sazali dari The Vocket berkata: "Pulang akan mengajar anda erti penantian, di mana satu pihak terpaksa menunggu insan yang disayanginya hari demi hari tanpa mengetahui bila kekasih hatinya akan pulang."[20] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "Memang tidak dinafikan kekuatan cerita filem Pulang tetapi disebabkan kelemahan aspek teknikal menyebabkan ia menjadi sedikit cacat.[21]

Maklum balas

Menurut Ahmad Izham Omar, beliau merasa sebak kerana sambutan positif daripada penonton tempatan di laman sosial. Filem ini berjaya menduduki tangga kelima teratas di Twitter menerusi tanda pagar #PulangTheMovie.[22]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pulang_(filem) http://www.imdb.com/title/tt8595708/ http://ohbulan.com/berdasarkan-kisah-benar-ini-5-f... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kekuatan-sinematog... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-cinta-61-tah... http://www.kosmo.com.my/terkini/pulang-sudah-kutip... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/07/19/... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/08/02/... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/pulan... http://www.utusan.com.my/hiburan/pulang-garapan-ci...